KITAB SUCI UMAT BUDDHA MERAMALKAN
KEDATANGAN MUHAMMAD SAW
1. Buddha meramalkan kedatangan seorang “Maitreya”:
A. Hampir semua kitab agama
Buddha mengandungi ramalan ini. Di dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76:
“Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama
Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang
yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah
dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib
beliau akan sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan
agama beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa
Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci
sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih
ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
B.
Di dalam buku ini (Sacred Books of the East jilid 35 muka surat 225
“Aku bukanlah satu-satunya Buddha
sahaja. Selepas aku akan lahir seorang Buddha lagi yang dikenali dengan nama
Maitreya. Dia akan memiliki banyak sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak
murid aku beratus-ratus anak murid, Maitreya tersebut beribu-ribu.”
C.
Satu Iagi ramalan tentang Maitreya (Kitab Agama Buddha oleh Carus muka surat
217 dan 218-dari negara Ceylon (Sri Lanka).“Ananda (anak murid Buddha)
bertanya kepada Gautama Buddha, `Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu
meninggalkan kami?‘
Gautama
Buddha menjawab:
“Saya bukanlah Buddha yang pertama
atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku seorang Buddha lagi
akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai
kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak
yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang
dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua
satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta yang terpuji. Agama yang
diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci.
Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah
beribu-ribu.”
Ananda
bertanya lagi, ‘Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini ?’Jawab
Gautama Buddha: “Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya.”- Perkataan
`Maitreya’ di dalam bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali
bererti dia yang memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah
hati. Ia juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan
Arab yang membawa erti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’. Di dalam
Al-Quran (Surah Al Anbiyaa, Surah 21 ayat 107)
“Dan
tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi semesta alam.”Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat
kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.- Perkataan
Belas Kasihan dan dia yang Bersifat Belas Kasihan disebut di dalam Al-Quran
tidak kurang daripada 409 kali.- Tiap-tiap
Surah di dalam AI Quran bermula dengan perkataan yang amat indah sekali iaitu
“Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim” yang bererti “Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang’.
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah- Perkataan
Muhammad ada juga di eja “Mahamet” atau “Mahomet” atau ejaan yang lain dalam
berbagai bahasa. Perkataan “Maho” di dalam bahasa Pali dan “Maha” di dalam
bahasa Sanskrit bererti sangat baik atau besar atau sangat mulia dan masyhur
dan perkataan “Metta” bererti belas kasihan. Maka perkataan “Mahamet” atau
”Mahomet” bererti Belas Kasihan Yang Amat Besar.
2. Ajaran agama Buddha untuk semua lapisan
masyarakat:
Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11, muka surat 36
Maha-Parinibbana Sutta Bab 2 Ayat 32:Buddha
pernah menyebut “Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama saya yang benar
kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak murid beliau) seorang
Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi dia akan sebarkan atau mengajar
keseluruhan agama itu.Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) diperintah oleh Allah Tuhan yang Maha Berkuasa
untuk menyampaikan keseluruhan agama Islam kepada semua lapisan masyarakat
tanpa menyimpan atau menyembunyikan sesuatu kebenaran. Hatta daripada zaman
Nabi (Salawatu Alai Wasalam) hingga ke hari ini dan seterusnya Al-Quran dibaca
dan di ajar secara terbuka. Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dengan tegas
melarang sesuatu ajaran agama itu disembunyikan.
3. Anak Murid Dan Khadam Yang Setia Kepada Buddha:
Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11 muka surat 97 Maha-Parinibbana
Sutta Bab 5 Ayat 36:“Di
dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi tahu kepada pengikut beliau,
bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki anak murid dan khadam yang amat setia
kepada mereka. Anak murid dan khadam yang amat setia kepadaku sekarang ialah
Ananda. Seterusnya Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam
yang amat setia kepada mereka”.Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) pun memiliki seorang anak murid dan khadam
yang amat setia. Beliau ialah Anas bin Malik (R.A) yang dihadiahkan oleh
keluarga beliau kepada Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) semasa Anas (R.A)
berumur 8 tahun. Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) amat mengasihi Anas dan
mengangap Anas sebagai anak Baginda sendiri. Anas (R.A) sentiasa mendampingi
Nabi (Salawatu Alai Wasalam) mahupun masa senang atau susah, masa perang, atau
masa damai sampai Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat.- Di
dalam peperangan Uhud nyawa Nabi dalam keadaan bahaya dan Nabi hampir
dibunuh.Walaupun begitu Anas tetap dengan Nabi.Umurnya di masa itu hanya 11 tahun
sahaja.- Dalam
peperangan Hunain Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dikepong oleh musuh
yang terdiri daripada pemanah dan nyawa Baginda (Salawatu Alai Wasalam)
terancam tetapi Anas (R.A) walaupun berumur 16 tahun tetap bersama Nabi
(Salawatu Alai Wasalam).
Peristiwa
yang tersebut di atas membuktikan bahawa Anas (R.A) ialah seorang anak murid
dan khadam yang benar-benar setia kepada Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam)
sama seperti Ananda kepada Gautama Buddha. Di dalam satu peristiwa Buddha di
serang oleh seekor gajah yang gila. Walaupun demikian Ananda tetap bersama
Buddha.
4. Enam Kriteria Untuk Mengenali Buddha:
Mengikut Kitab Agama Buddha yang di tulis oleh Carus, muka surat 214:“Buddha
pernah berkata: “Terdapat dua peristiwa di mana rupa Tathagata (Buddha) akan
jadi amat cerah. Peristiwa yang pertama ialah di waktu malam bila mana beliau
sudah sampai ke tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana). Peristiwa
yang kedua ialah pada malam Buddha meninggal dunia yang fana ini (dia mati)”.Mengikut
Gautama Buddha ada enam kriteria untuk mengenali seorang Buddha:- Seorang
Buddha akan mencapai tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana) di
waktu malam.- Di
waktu dia mencapai Nirvana rupanya akan menjadi amat cerah.- Seorang
Buddha akan meninggal dunia atau mati dengan sebab yang biasa (natural death).- Seorang
Buddha akan meninggal dunia di waktu.malam.- Sebelum
kematian rupanya akan menjadi amat cerah.- Selepas
kewafatan,seorang Buddha tidak akan wujud atau ada di alam dunia ini lagi.
>>
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) mencapai darjat yang paling tinggi di
waktu malam bila mana Baginda (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang
Rasul.Daripada Al-Quran (Surah Dukhan – Surah 44 Ayat 2-3):“Demi Kitab
(Al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami (Allah) menurunkannya pada suatu
malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan”. Mengikut
satu lagi ayat daripada Al-Quran (Surah Al Qadr (Kemuliaan) Surah 97 Ayat
1).“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan”
>>Semasa
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang Rasul baginda
merasa dirinya dan kefahamanya dipenuhi dengan cahaya rohani.
>>Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat atau meninggal dunia dengan sebab yang
biasa (natural death).
>>Mengikut Siti Aisyah (R.A) Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat
atau meninggal dunia di waktu malam. Malam kewafatan Nabi Muhammad (Salawatu
Alai Wasalam) tidak ada minyak lampu di rumahnya. Hatta Siti Aisyah (R.A) terpaksa
meminjam sedikit minyak untuk menyalakan lampu.
>>Mengikut
Anas (R.A) (Anak murid dan khadam setia kepada Nabi) malam kewafatan Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) rupa Nabi (Salawatu Alai Wasalam) amat cerah
sekali.
>>Selepas
pengkebumian Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) (jasadnya) tidak dilihat
lagi di alam dunia ini.
5. Semua Buddha adalah Pendakwah atau memberi
Peringatan:
Mengikut Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 muka surat 67) “Semua
Jathagatas (Buddha) adalah Pendakwah atau memberi peringatan”.Dalam Al Quran
Allah (SubhanAllah Wa Taala) menyebut tentang Nabi Muhammad (Salawatu Alai
Wasalam).“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang
memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka”
(Al-Quran, Surah Al-Ghaasyiyah, (Surah 88 Ayat 21-22).6. Ramalan Gautama Buddha Untuk Mengenali Seorang Maitreya:
Mengikut Dhammapada, Mattaya Sutta, 151: Maitreya yang di tunggu akan
memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti yang tersebut dibawah:>Perasaan
belas kasihan untuk semua makhluk.> Seorang utusan keamanan dan seorang
pendamai.- Yang
paling berjaya di alam ini. Maitreya sebagai pendakwah moral adalah:>Seorang
yang sentiasa bercakap benar>Yang berbudi bahasa.>Yang bersifat lemah lembut dan dari keturunan bangsawan.>Tidak sombong atau angkuh.>Sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk.>Sebagai contoh ikutan (dalam amalan dan perkataan atau percakapan)
untuk semua manusia.
1. Buddha meramalkan kedatangan seorang “Maitreya”:
“Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah
Sumber: https://ainspirasi.wordpress.com/2007/06/30/nabi-muhammad-saw-dalam-kitab-suci-umat-buddha/